Sunday, April 1, 2012

ANTARA PENGKRITIK2 HANDALAN PEMBANGKANG, HEBAT DALAM MEMANIPULASI GAMBAR YG MEREKA SENDIRI TIDAK TAHU APA TUJUAN, DAN KENAPA, TETAPI MEMBUAT PERSEPSI MENJATUHKAN BANGSA SENDIRI, INILAH YG DIBANGGAKAN OLEH PARTI PEMBANGKANG

Sunday, 01 April 2012 07:47 Radhi Razak (KLPOS)


alt

KUALA LUMPUR 1 April - Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dijangka bakal menghantar 20 ke 23 atlet untuk mewakili Negara ke Temasya Sukan Olimpik London 2012 pada 27 Julai ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, barisan atlet ini telahpun melakukan persiapan bagi memastikan ianya berjalan dengan lebih lancar tanpa menghadapi sebarang kesulitan menjelang temasya Sukan Dunia tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau mengakui agak kecewa dengan kegagalan Skuad Hoki Negara untuk ke temasya Sukan berprestij yang bakal berlangsung di London itu.

"Tetapi senarai pemain badminton ke Sukan Olimpik hanya akan diputuskan pada Mei nanti," katanya pada Sidang Media di Kelab Golf Rahman Putra, Kuala Lumpur semalam.

Untuk rekod, Sukan Olimpik London 2012 bakal berlangsung bermula 27 Julai dan acara kemuncaknya berakhir pada 12 Ogos ini.

Shabery juga telah memberi sumbangan sebanyak RM20 Ribu kepada Kelab berkenaan untuk Program Pembangunan Sukan Golf Junior di samping mengenang jasa bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba sebagai individu yang banyak memberi sumbangan kepada Kelab tersebut ketika hayatnya.

No comments:

Post a Comment