Wednesday, April 4, 2012

Bersih 3.0: Satu lagi Gimmik Basi Pihak Pembangkang

"Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 - 4 petang 28 April - di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini"

Berikut adalah petikan artikal dari Malaysiakini bertarikh 4hb April 2012.

Gimik basi oleh pembangkang ini dilihat semata-mata ingin menarik publisiti murahan waina telah ketandusan idea untuk menidakkan sistem pentadbiran Negara di bawah pemerintahan kerajaan BN.  Sistem SPR yang menjadi modal basi aka lapok itu terus dijadikan isu seolah-olah pengendalian SPR bagi menghadapi PRU13 akan datang ini tidak bersih, transparen dan sebagainya.

Satu soalan baik kepada mereka-mereka yang buta hati buta minda yang terus mendokong BERSIH ini adalah:

ADAKAH DENGAN KEMENANGAN 4 NEGERI KE PARTI PEMBANGKANG PADA PRU 12 YANG LALU BELUM CUKUP MEMBUKTIKAN SPR BERORIANTASIKAN SISTEM PEMILIHAN TELUS DAN BERSIH?

HOLA Tepuk Dada Tanya Hati!

No comments:

Post a Comment