Wednesday, April 4, 2012

Persediaan Melahirkan Pemain Golf Negara Bakal Jadi Realisasi 5 Tahun Akan Datang

Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bakal menjana persediaan bagi melahirkan pemain Golf Negara melalui plan 'Junior Development Program' di setiap kelab-kelab Golf ternama di seluruh Negara.

Dato Sri Ahmad Shabery Cheek bercakap berkenaan hasrat berkenaan di Kelab Golf Rahman Putra Malaysia di ibu kota baru-baru ini.

Plan pembangunan pemain-pemain muda Golf akan diperkenalkan di seluruh negara dengan pembabitan pemain-pemain muda seawal umur 15 tahun ke 20 tahun.  Tujuan tersebut adalah bagi mengenegahkan bakal-bakal pemain Golf Negara di peringakat Sukan Golf antarabangsa.

Setakat ini, Malaysia telah dikenali di seluruh dunia melalui sukan badminton dan squash.  Persediaan bagi meletak Negara di sukan Golf sekurang-kurangnya di peringkat Asia Tenggara adalah menjadi keutamaan Kementerian Belia dan Sukan bagi tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

Ia bukan satu cita-cita kosong sekiranya Kementerian Belia dan Sukan memberi ruang pendedahan awal terhadap misi tersebut.  Semoga misi ini mendapat sokongan semua pihak.

Maju Sukan untuk Negara!


No comments:

Post a Comment