Thursday, July 5, 2012

Wirawati Negeri Kedah Anjur Bowling

Jommmm kita pakat pi serbu Sungai Petani minggu depan sebelum puasa.

angrybird's BlackBerry®

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Pulau Pinang

Siri Jelajah Konvensyen Media Sosia sudah sampai ke Pulau Pinang. Jom kita ramai2 ke Pulau Pinang plak

angrybird's BlackBerry®

Wednesday, July 4, 2012

Mangsa banjir tak pernah di lupa

Keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan rakyat terus dibuktikan apabila 360 keluarga mangsa banjir besar Disember 2006 hingga Januari 2007 dari enam kampung di sini, menandatangani Surat Aku Janji Bagi Program Penempatan Semula dengan Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB), di sini semalam.

Kampung yang terlibat dalam penempatan baru diberi nama Desa Sejahtera itu adalah Kampung Tembioh dan Kampung Makam dalam Parlimen Kota Tinggi serta Kampung Kelantan, Kampung Panti, Kampung Sungai Berangan dan Kampung Batu 25 dalam Parlimen Tenggara.

Penyerahan rumah itu akan dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada 8 Julai ini.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, penduduk diharap menjaga penempatan baru yang bakal didiami itu dengan sebaiknya.

Selesai 18 kes bulan lepas

Polis menyelesaikan 18 kes curi kenderaan di sekitar daerah Johor Bahru Selatan dan Seri Alam selepas menahan enam lelaki dalam dua serbuan di Taman Molek dan Taman Johor Jaya, di sini bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 43 tahun ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah malam pada 18 Jun lalu selepas polis menerima maklumat curi kenderaan daripada orang awam.

Beliau berkata, polis menemui semula empat kereta yang dilaporkan hilang, peralatan curi kenderaan serta pelbagai jenis dadah.

"Semakan mendapati tiga daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan rogol dan dadah. Kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

ADUN DAP Sewel

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP termasuk Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana) tidak berpuas hati dengan penyiaran gambarnya dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya telah bertindak keluar dewan semasa permulaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Suasana sidang DUN kecoh apabila ketua pembangkang, Goh Leong San (DAP-Kesidang) bangkit mempertikaikan Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad kerana membenarkan jurugambar mengambil gambar sewaktu berlaku kekecohan apabila Datuk Gan Tian Loo (BN-Duyong) membangkitkan isu Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam.

Sunday, July 1, 2012

Pendaftaran Percuma

Kempen Pendaftaran Ahli PERKASA secara PERCUMA, tarikh akhir pendaftaran adalah seblm 30/7/2012, Daftar secara online di

http://www.pribumiperkasa.com/keahlian/index.php

angrybird's BlackBerry®