Wednesday, July 4, 2012

Mangsa banjir tak pernah di lupa

Keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan rakyat terus dibuktikan apabila 360 keluarga mangsa banjir besar Disember 2006 hingga Januari 2007 dari enam kampung di sini, menandatangani Surat Aku Janji Bagi Program Penempatan Semula dengan Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB), di sini semalam.

Kampung yang terlibat dalam penempatan baru diberi nama Desa Sejahtera itu adalah Kampung Tembioh dan Kampung Makam dalam Parlimen Kota Tinggi serta Kampung Kelantan, Kampung Panti, Kampung Sungai Berangan dan Kampung Batu 25 dalam Parlimen Tenggara.

Penyerahan rumah itu akan dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada 8 Julai ini.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, penduduk diharap menjaga penempatan baru yang bakal didiami itu dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment