Wednesday, July 4, 2012

Selesai 18 kes bulan lepas

Polis menyelesaikan 18 kes curi kenderaan di sekitar daerah Johor Bahru Selatan dan Seri Alam selepas menahan enam lelaki dalam dua serbuan di Taman Molek dan Taman Johor Jaya, di sini bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 43 tahun ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah malam pada 18 Jun lalu selepas polis menerima maklumat curi kenderaan daripada orang awam.

Beliau berkata, polis menemui semula empat kereta yang dilaporkan hilang, peralatan curi kenderaan serta pelbagai jenis dadah.

"Semakan mendapati tiga daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan rogol dan dadah. Kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

No comments:

Post a Comment