Tuesday, March 26, 2013

Najib Rasmi LIMA 2013, Kesal Pencerobohan Pengganas Di Sabah


LANGKAWI, 26 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan satu daripada pameran pertahanan terkemuka dunia dan menyatakan rasa kesalnya bahawa beliau terpaksa melakukannya di bawah mendung suasana pencerobohan pengganas di Sabah.

“Ini pertama kali pasukan keselamatan dikerah bertugas di bumi Malaysia sendiri sejak 1989,” katanya semasa merasmikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2013) di sini, Selasa.

Tahun 1989 menyaksikan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia lantas menamatkan ancaman pengganas komunis di negara ini.

Berkongsi rasa dengan para perwakilan dan pegawai tentera negara ini dan luar negara di LIMA 2013, Najib berkata beliau pernah berkhidmat sebagai menteri pertahanan, sebagai timbalan perdana menteri dan kini perdana menteri dan telah berucap pada pameran ini dan yang serupa dengannya, tetapi ini pertama kali beliau menyampaikan ucapan sebegini ketika negara menghadapi ancaman pengganas Sulu di Sabah.

Sejak enam minggu lalu insiden itu telah menjadi ancaman keselamatan terbesar negara sejak berakhirnya pemberontakan komunis, katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia dan Filipina cuba menamatkan kemelut itu secara aman dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina tetapi usaha itu menemui kegagalan.

Malaysia kemudian memutuskan kehadiran kumpulan penceroboh itu tidak boleh lagi diterima dan melancarkan operasi ketenteraan, katanya.

Tindakan ofensif ‘Operasi Daulat’ terhadap pengganas Sulu itu dilancarkan pada 5 Mac dan menyebabkan 65 pengganas terbunuh. Pengganas itu pada mulanya menyerang hendap dan membunuh lapan anggota polis Malaysia. Seorang anggota tentera juga terkorban dalam pertempuran dengan pengganas berkenaan.

“Ramai daripada anda yang telah berkhidmat untuk negara sama ada dalam angkatan tentera atau dalam kerajaan. Anda telah membuat keputusan yang besar mengenai perolehan dan dasar pertahanan, menasihati syarikat dan angkatan tentera mengenai pembelian dan strategi.

“Sebagai bekas menteri pertahanan, saya telah berhadapan dengan keputusan sedemikian sebelum ini mengenai penghantaran pasukan ke Bosnia dan Somalia dan mengenai operasi pengamanan di Lebanon, ” kata Najib.

Beliau berkata keputusan-keputusan itu memang sukar dibuat kerana melibatkan kemungkinan kehilangan nyawa dan penghantaran sumber negara tetapi “ia tidak mencukupi untuk mempersiapkan kita berdepan dengan situasi seperti yang berlaku di Sabah.”

“Apa yang sepatutnya cuma langkah berkawal bertukar menjadi operasi dengan anggota pasukan keselamatan masing-masing komited dalam usaha melindungi kedaulatan negara,” katanya.

Perdana menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang berkhidmat di Sabah, yang menggunakan kemahiran dan profesionalisme mereka untuk menamatkan apa yang disifatkannnya boleh menjadi peristiwa diplomatik.

“Saya menggesa anggota keselamatan lelaki dan dan wanita yang kini bertugas di Sabah supaya sentiasa bersiap siaga dan berwaspada. Doa kami sentiasa mengiringi anda semua. Pengorbanan anggota keselamatan negara dalam memerangi penceroboh bersenjata ini amat tidak ternilai harganya,” katanya.

Najib berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan anggota keselamatan diberikan kelengkapan terbaik yang termampu diberikan negara dan bagi membuktikan nyawa anggota yang terkorban dalam melindungi kedaulatan negara tidak gugur dengan sia-sia.

“Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan terhadap wira kami yang gugur daripada pasukan polis dan tentera yang telah menggadai nyawa dalam menunaikan tugas dan tangggungjawab terhadap negara, serta dalam memastikan keselamatan Malaysia terpelihara. Anda tidak akan dilupai,” katanya.

Mengenai LIMA 2013, Najib berkata program pemodenan ketenteraan terus merangsang perbelanjaan dalam Asean.

“Pemerolehan kapal dan pesawat, pesawat pengesan dan kenderaan perisai akan terus menjadi fokus pemerolehan di rantau ini dan dijangka membentuk perbelanjaan utama pemerolehan pertahanan sehingga 2020.

“Menurut (penerbitan pertahanan) Jane’s, negara-negara Asia Tenggara meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka sebanyak 13.5 peratus tahun lepas dan buat pertama kali perbelanjaan ketenteraan Asia melebihi yang dirancang Eropah,” katanya.

Najib berkata berlatarbelakangkan ini, LIMA 2013 bakal menjadi pintu masuk bagi pasaran bertenaga ini.

Mengenai segmen aeroangkasa, Najib berkata industri itu akan membangun secara signifikan dalam beberapa tahun akan datang dengan peningkatan besar dalam perjalanan udara, pelaburan infrastruktur dan dasar-dasar baharu.

Beliau berkata Malaysia, melalui Majlis Aeroangkasa Malaysia telah berjaya mengemudi pembangunan industri aeroangkasa, dengan jumlah dagangan kini bernilai RM30 bilion berbanding RM8.2 bilion dalam tahun 1998, dan melibatkan lebih 230 syarikat yang aktif dan tenaga kerja seramai 65,000 orang.

Selepas ucapan itu, Najib dan kira-kira 500 anggota perwakilan menadah doa terhadap keselamatan Malaysia, terutama keselamatan dan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan di Sabah.

Source : http://ob21.net/?p=4711

Monday, March 25, 2013

PRU-13: Rakyat perlu bijak pilih kerajaan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya bijak menentukan kerajaan dalam pilihan raya umum ini.

Menurutnya, walaupun sistem demokrasi 'menawarkan' hak untuk memilih, mereka sewajarnya mampu membuat perbandingan khususnya parti atau organisasi mana yang benar-benar bertanggungjawab serta mempertahankan Islam.

"Apakah orang yang sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Melayu patut memerintah negara? Dahulunya, pihak ini yang berkata bahawa bekerjasama dengan orang kafir akan menjadikan kita kafir, tetapi kini mereka bukan sahaja bekerjasama, hari jadi pun sambut di rumah orang bukan Islam.

"Akan datang, kalau kita silap, kita akan dapat kerajaan yang merosakkan negara dan agama. Kalimah Allah pun boleh diguna oleh apa jua agama. Apakah kita boleh terima itu? Kerana kepentingan politik, ketepikan negara Islam dan diganti dengan negara berkebajikan. Hudud pula ditangguhkan. Ini kerana apa? Ini hanya undi dan bukannya kerana Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sempena Forum Negara: Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Forum anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pakar wakaf korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Dr. Mahathir berkata, sebagai keutamaan, orang Melayu perlu menaruh harapan kepada pihak yang telah lama berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut beliau, ini berbanding pihak tertentu yang sekadar mahu merebut Putrajaya dan mendirikan kerajaan semata-mata atau pihak yang hendak menjadi Perdana Menteri.

"Sebab itu kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk kembali kepada perjuangan asal iaitu demi agama, bangsa dan negara. Kita tak nampak apa mereka boleh buat untuk kita.

"Namun, terpulanglah kepada kita. Cuma, kalau kita salah mengundi, kita tidak boleh salahkan sesiapa," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau ketika bercakap mengenai perpecahan umat Melayu Islam berkata, perkara itu berpunca daripada sikap tamak selain perbezaan pendapat dalam hal-hal berkaitan tafsiran agama.

"Waktu kita miskin, biasanya kita akan rapat sesama kita. Sebab itu, masa British mencadangkan Malayan Union, kita rasa ini seperti mahu merampas negeri-negeri Melayu.

"Kita lupakan perbezaan antara kita dan bersatu sehingga British tunduk. Tetapi selepas berjaya, terhidang 'peninggalan perang' dan sesama kita mula memikirkan soal pangkat, nak jadi perdana menteri.

"Semua nak berebut. Inilah yang membuatkan kita lupa kepada perjuangan asal kita. Kita pentingkan diri sendiri. Di sini, kita menerima Islam dan fahaman Sunnah Wal Jamaah. Sepatutnya tidak ada perpecahan kerana fahaman yang sama, tetapi dengan politik, ada yang mula saling kafir-mengkafir. Kita sengaja melemahkan diri kita sendiri sehingga tidak lagi majoriti," katanya.

Sementara itu dalam sesi soal jawab, beliau menafikan dakwaan yang mengaitkannya sebagai seorang antihadis.

"Itu tak benar. Saya kata, kita perlu berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Saya tekankan kalau hadis itu bertentangan dengan al-Quran, kita perlu berpandu kepada al-Quran. Sunah kalau kita turut, dapat pahala, kalau tak turut, tak mengapa. Itu cuma sunat kepada kita sebaliknya yang wajib kita ikut datangnya daripada al-Quran.

"Ramai yang mudah terima hadis tetapi menolak al-Quran. Itu sebab ramai yang keliru dan berpecah," tambahnya.


Sumber : @UrusanOnline

Saturday, March 9, 2013

Sabah Stand-off: Coastline needs Better Protection

By Samuel Yesuiah, Seremban, Negri Sembilan, New Straits Times
March 10, 2013

SABAH STAND-OFF: Coastline needs better protection.

IT is sad that our security forces suffered losses in Lahad Datu. Our hearts go out to their families in this time of bereavement.


The drama has taught us two lessons.
Firstly, the security of our country needs to be beefed up with better surveillance.

We have a long coastline and the maritime agencies (Royal Malaysian Navy, Malaysian Maritime Enforcement Agency and the marine police) should be equipped to monitor the entire coastline of the peninsula and Sabah and Sarawak.

The ease with which the 200-odd Sulu terrorists came and took charge of the village in Lahad Datu needs to be looked into seriously.

How did our maritime forces allow the Sulu vessels to enter our waters?

How did they evade our surveillance technology?

The second and more important lesson is the issue of illegal Filipino immigrants in Sabah. There are thousands of them in Sabah.

Towns such as Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat and Lahad Datu have big Filipino communities. Most of them are illegals who are squatting.

The overwhelming presence of these immigrants should be checked and reduced.

Those without papers and valid documents should be deported back to the Philippines.

These immigrants are involved in crime and other undesirable activities in the big towns.

The government needs to monitor and check this growing menace.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Terbaru: YB Zul Nordin minta maaf kepada Tun Dr Mahathir

Menuntut Perubahan - by RockY-MY
SUNDAY, MARCH 10, 2013

[EKSKLUSIF] Zulkifli Nordin minta maaf kepada Dr Mahathir



Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di sini apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali.
Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.
"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.
Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.


"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.
Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.
Naib Presiden Perkasa itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, pada pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Malaysia army hunts door to door in Sabah

Copyright © 2013 Kritisonline. All Rights Reserved.

FELDA SAHABAT: Malaysian forces have searched houses for armed Filipino invaders who apparently escaped a military assault, as a Philippine guerrilla warned more fighters had arrived.

Malaysia on Tuesday launched an attack with jet fighters and soldiers on up to 300 Filipino invaders to end a bloody three-week standoff. Prime Minister Najib Razak had declared the operation was ''weeding out'' the holed-up followers of a self-styled Muslim sultan from the Philippines who had come to assert a long-dormant claim to the Malaysian state of Sabah.

"As the intrusion prolonged, it was clear that the intruders had no intention to leave Sabah," Malaysian Prime Minister Najib Razak said Tuesday. "The government must take action to defend the country's dignity and sovereignty."....

Police moved cautiously in an area slightly larger than New York City's Central Park to find followers of Jamalul Kiram, a Filipino who asserts he's the sultan of Sulu. Authorities have yet to release a death toll from Tuesday's aerial and ground attacks, which came after earlier clashes between Malaysian police and Kiram's followers killed 31 people.
Advertisement

The battle on Borneo Island erupted weeks before elections in both countries, with Mr Najib facing a late-April deadline to dissolve parliament as his ruling coalition seeks to maintain a 55-year grip on power. It also comes as Philippine President Benigno Aquino aims to conclude a peace deal with a Muslim separatist group that Mr Najib is helping to broker.


The Philippines and Malaysia will form a naval blockage to prevent more Filipinos heading to Sabah as reinforcements, the Philippine Department of Foreign Affairs said. An exit channel should be created for woman and children caught in the fighting, it said.

Malaysian security forces operating in Sabah's Tanduo village are being cautious to avoid more bloodshed, state-run Bernama news agency reported, citing Inspector-General of Police Ismail Omar. Malaysia suffered no injuries, and casualties in Kiram's group couldn't be assessed, Bernama reported, citing Home Minister Hishammuddin Tun Hussein.

Three F-18 and five Hawk fighter aircraft were used in the attack, Bernama cited Defense Minister Ahmad Zahid Hamidi as saying.

Agbimuddin Kiram, the self-proclaimed crown prince of Sulu and brother of Jamalul, said that he couldn't confirm casualties. About 180 members of the group, including 30 with weapons, invaded Sabah about three weeks ago.

"There will be no surrender," Jamalul Kiram's spokesman, Abraham Idjirani, said at a briefing in Manila Tuesday, adding that the group's followers fear for their lives.


Eight Malaysian police officers and 23 Kiram loyalists

have been killed in shootouts since March 1. Philippine Foreign Secretary Albert del Rosario held talks with his counterpart after arriving in Malaysia earlier this week, Najib's spokesman, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, said. In a statement Tuesday, Malaysia's foreign ministry said it considered the group to be "terrorists."

The Sulu sultanate, which dates back to the 14th century, says it leased Sabah to the British North Borneo Company in 1878, an agreement that Malaysia views as a secession of the region. Sabah fell under British control after World War II and joined Malaysia in 1963, shortly after the sultanate ceded sovereignty to the Philippines.

The incident comes several months after Najib's government helped Aquino reach a peace deal with the Moro Islamic Liberation Front, a Muslim separatist group in the southern Philippines. The Moro National Liberation Front, a splinter rebel group, called the accord -- which will expand the country's autonomous Muslim region -- a conspiracy between Mr Aquino and Mr Najib for Malaysia to retain sovereignty of Sabah.

"Any agreement will be problematic and will be questioned" because Sabah wasn't included in the self-governing region, said Rommel Banlaoi, executive director of the Philippine Institute for Peace Violence and Terrorism Research. "There will be consequences on the peace talks."

Mr Aquino risks putting the country in "total chaos" if he orders the arrest of Jamalul Kiram, said Nur Misuari, chairman of the Moro National Liberation Front.

"It's unbecoming for a head of state to be siding with the enemy of his people," Mr Misuari said. "What kind of leader are you if you abandon your own people for the sake of his friendship with colonial troublemaker Malaysia?"

Mr Aquino tried to solve the conflict peacefully by sending intermediaries and agreeing to study the legal basis of the Sulu sultanate's territorial claims, Communications Secretary Ricky Carandang said.

"There's only so much we can do if the Kirams insist on this course of action," he wrote. "It defies logic."

Mr Aquino on March 4 accused allies of former Philippine President Gloria Arroyo of involvement in the incident, saying that "certain members of the past administration" assisted Jamalul Kiram, who ran for a Senate seat in 2007 elections under Arroyo's party. Elena Horn, a spokeswoman for Ms Arroyo, didn't return a phone call seeking comment.

"We came to Malaysia to endeavor to walk that last mile to try to save lives in this unfortunate conflict," Mr del Rosario said in a statement issued by his department's spokesman yesterday. "We intend to fully continue this effort."

The Philippines will hold elections for its 285-member House of Representatives and half of its 24 Senate seats on May 13. Mindanao has 11.4 million voters, making up a quarter of the nation's total, according to government data.

The US Embassy in Kuala Lumpur issued an advisory urging citizens to avoid visiting the eastern coastal regions of Sabah, which provide access to nearby islands including Sipadan, a popular diving site.

Najib must dissolve parliament by April 28 and hold elections within 60 days. His government called for unity on March 4 after Anwar Ibrahim's opposition alliance accused him of "weak leadership" in handling the conflict.

The outcome will raise questions about the government's ability to defend Malaysia, according to Joseph Chinyong Liow, associate dean of the S. Rajaratnam School of International Studies in Singapore.

"Malaysians will want to know how on earth this large a number of people got into Malaysian soil and gained a foothold," he said. "The followers of the Sulu sultan are prepared to fight to the end. That sets the whole thing up for a pretty gruesome outcome."

Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 5, 2012

Wirawati Negeri Kedah Anjur Bowling

Jommmm kita pakat pi serbu Sungai Petani minggu depan sebelum puasa.

angrybird's BlackBerry®

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Pulau Pinang

Siri Jelajah Konvensyen Media Sosia sudah sampai ke Pulau Pinang. Jom kita ramai2 ke Pulau Pinang plak

angrybird's BlackBerry®